Ricky Low Yin Lee Pemenang Keseluruhan Maybank Go Ahead Challenge 2015

“Saya sangat teruja dengan kemenangan ini dan tidak sabar lagi untuk ke New York selama dua minggu,” kata Ricky. “Kejayaan saya ini banyak dibantu oleh tenaga pelajar dan rakan-rakan di UNITEN.”

“Saya sangat teruja dengan kemenangan ini dan tidak sabar lagi untuk ke New York selama dua minggu,” kata Ricky. “Kejayaan saya ini banyak dibantu oleh tenaga pelajar dan rakan-rakan di UNITEN.”

Pelajar- pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sememangnya digalakkan untuk menyertai pelbagai pertandingan yang dapat membina keyakinan diri para pelajar. Baru- baru ini, salah seorang pelajar UNITEN telah mengharumkan nama baik universiti apabila beliau memenangi pertandingan “Maybank GO Ahead Challenge 2015”, anjuran Maybank, yang telah diadakan pada 17 hingga 29 Ogos 2015. Pertandingan bertaraf antarabangsa ini telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Jakarta, Indonesia, yang disertai oleh pelajar- pelajar dari 26 buah institusi pengajian tinggi daripada 14 buah negara.

Ricky Low Yin Lee, 22, merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal di UNITEN. Anak bungsu kepada seorang jurutera mekanikal dan surirumah sepenuh masa ini sememangnya telah menunjukkan kecemerlangan akademik sejak di bangku sekolah lagi. Beliau telah mendapat 4 A untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 7 A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 9 A untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari SMK Tengku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor.

Di UNITEN, Ricky terus mempamerkan pencapaian cemerlang di dalam pelajaran dengan CGPA 3.56 dan beliau disenangi oleh rakan- rakan sekelasnya. Beliau telah disenaraikan dalam senarai dekan hampir setiap semester di sepanjang pembelajaran beliau. Ricky juga merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN 2013/14 dan merupakan 20 pelajar terbaik bagi program ‘Axiata University Leadership Development Program 2014’.

Beliau juga telah menjadi juara kategori berkumpulan ‘Star Wars’, sekaligus memenangi wang tunai sebanyak USD40,000.

Beliau juga telah menjadi juara kategori berkumpulan ‘Star Wars’, sekaligus memenangi wang tunai sebanyak USD40,000.

Ricky telah menjuarai kategori individu keseluruhan, memenangi wang tunai USD1000 dan melayakkan beliau untuk ke New York selama dua minggu bagi menjalani latihan industri di Maybank New York. Beliau juga telah menjadi juara kategori berkumpulan, sekaligus memenangi wang tunai sebanyak USD40,000. Kumpulan yang dinamakan ‘Star Wars’ ini dianggotai oleh enam orang pelajar daripada pelbagai institut pengajian tinggi dari beberapa buah negara serantau.

Ricky Low Yin Lee, 22.

Ricky Low Yin Lee, 22.

Pelajar ini percaya bahawa kecerdasan minda akan terhasil apabila badan sihat dan emosi stabil. Beliau memenuhi masa terluang dengan aktiviti riadah dan bersenam di gimnasium sewaktu di kampus. Ricky adalah seorang penyelam berlesen dan beliau banyak menghabiskan masa cuti semester untuk melakukan aktiviti menyelam.

“Saya sangat teruja dengan kemenangan ini dan tidak sabar lagi untuk ke New York selama dua minggu,” kata Ricky. “Kejayaan saya ini banyak dibantu oleh tenaga pelajar dan rakan-rakan di UNITEN.” tambah beliau.

Maybank GO Ahead Challenge telah dilancarkan pada 18 Ogos 2015 di tingkat 46, Menara Maybank, Kuala Lumpur, dimana kesemua peserta dikehendaki mejalani beberapa rintangan dan cabaran ala ‘Amazing Race’.

Antara program menarik yang dirancang oleh pihak Maybank adalah aktiviti tanggungjawab sosial apabila 60 peserta dikehendaki membantu pembinaan pondok, tandas dan saluran kumbahan di kawasan pendalaman Jakarta. Di Malaysia, mereka telah bekerjasama membina lampu berasaskan solar bagi kegunaan penduduk pedalaman di Tanah Rata, Pahang. Peserta- peserta juga telah mengumpul dana untuk program ‘Maybank’s Season of Smiles’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dana tersebut akan disalurkan kepada orang- orang cacat penglihatan, ibu- ibu tunggal dan golongan kurang upaya.

国能大学 Universiti Tenaga Nasional 相关资讯;
http://www.fsi.com.my/uniten/

快来留言! 于 "Ricky Low Yin Lee Pemenang Keseluruhan Maybank Go Ahead Challenge 2015"

留言

您的电邮不会被显示。


*