教育展 留學海外 獎貸學金

{"pagination":"true","pagination_type":"bullets","autoplay":"true","autoplay_speed":"5000","direction":"horizontal","auto_stop":"false","speed":"2500","animation":"slide","vertical_height":"","autoheight":"false","space_between":"0","loop":"true"}

Hari Terbuka Maya SPACEUTM 2021

Pendekatan UTMSPACE untuk menggunakan sumber media sosial sepenuhnya bagi tujuan mempromosikan produk-produk dan program pendidikan ketika situasi pendemik yang melanda, tidak disangkal lagi dengan adanya sesi Hari Terbuka Maya SPACEUTM 2021 dijalankan buat kali ketiga.

Sesi Hari Terbuka Maya SPACEUTM 2021 ini akan bersiaran langsung pada 10 Januari 2021 (Ahad) tepat jam 10 pagi dari ibu pejabat UTMSPACE di Johor Bahru. Ia juga bersempena dengan pengambilan baharu bagi Ambilan Februari 2021.

Terdapat beberapa segmen akan dipersembahkan pada hari tersebut, yang merangkumi penerangan kepada setiap program yang ditawarkan bagi Ambilan Februari 2021 secara terperinci. Ia termasuklah pengenalan bagi setiap kursus yang ditawarkan, syarat-syarat kemasukan, yuran pengajian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajian dan pembelajaran. Panel-panel yang akan bersiaran adalah terdiri daripada mereka yang arif tentang program-program yang ditawarkan.

Sesi soal jawab boleh disertai oleh umum secara langsung pada hari tersebut dengan mengimbas kod QR yang tertera di web SPACEUTM (space.utm.my) .

Menariknya bagi para pemohon yang berjaya memohon pada Hari Terbuka Maya 2021 SPACEUTM ini adalah, mereka berpeluang untuk mendapatkan rebat RM500 dalam bentuk potongan yuran pengajian bagi semester pertama pengajian mereka.

Untuk mengetahui lebih maklumat tentang Hari Terbuka Maya SPACEUTM 2021 anda boleh melayari ke (www.utmspace.edu.my) atau menghubungi terus ke talian 07-5318000 / 8001.

Online Education Fair 线上教育展
UTMSPACE (School of Professional and Continuing Education
https://edufair.fsi.com.my/space

快来留言! "Hari Terbuka Maya SPACEUTM 2021"

留言

您的电邮不会被显示。


*


error: Content is protected !!